SUBSCRIBE

Tuesday, 4 November 2014

Permata yang Bersinar (PART IV)

        “Assalamualaikum,Kak Masya!”Rania memulakan rutinnya setiap petang Sabtu.Wajah ceria Rania menggembirakan Puan Marina.Rania membantu Amirah dengan mahir.Dia gembira dapat membantu Masya menguruskan Puan Marina yang tidak boleh berjalan.Sebelum Rania pulang,dia membawa Puan Marina pergi ke tepi pantai.Dia menolak kerusi roda dengan perlahan untuk memberi peluang kepada Puan Marina untuk merasai ketenangan.
        “Cikgu,Rania nak beritahu sesuatu…”Perlahan Rania menuturkannya.Air matanya sudah bergenang.Dia sukar untuk menahan tangisan.Malam tadi dia menangis bersama ibunya kerana tidak mahu berpisah.
        “Rania dapat tawaran belajar kat Rusia,bidang kedoktoran….”Air matanya mengalir juga.Puan Marina yang sedari tadi ceria terus hilang senyumannya.
        “Mesti cikgu rindu Rania nanti….”Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Puan Marina kerana dia sudah teresak-esak.Sungguh dia tidak mahu berpisah dengan Rania.Dia akan merindui Rania nanti.Dia tidak sanggup.Setiap apa yang dilakukan oleh Rania akan sentiasa terbayang di mindanya dan akan membuatkan dia rasa sedih.Pertolongan yang selalu dihulurkan oleh Rania akan sentiasa diingati dan mahu diulangi supaya kekosongan hidupnya sentiasa berisi.Kedatangan Rania dalam hidupnya cukup memberikan ketenangan dan kegembiraan dalam hidupnya.Senyuman dan tawanya sungguh mendamaikan.Tentu Rania juga terlalu bersedih kerana dia juga menangis teresak-esak.Mungkin mengambil masa yang lama untuk dia membiasakan diri di tempat yang baru nanti.Mungkin juga bertahun dia tidak pulang ke Malaysia.Dalam kesedihan,Rania bertekad untuk mencapai impiannya iaitu untuk menjadi doktor pakar bedah tulang.Setelah agak lama mereka berada di tepi pantai,Rania membawa Puan Marina pulang.Wajah muram Puan Marina membuatkannya lebih berasa sedih.Dia akan berpisah dengan keluarganya dan Puan Marina.Sungguh berat hatinya untuk berpisah dengan mereka.Rania kembali membawa dirinya ke tepi pantai untuk menhilangkan perasaan sedihnya ke laut.Dia cuba menahan tangisan tetapi air matanya mengalir juga.Dia duduk di atas pasir dan membuang pandangannya ke laut.Pengunjung yang datang ke pantai tidak dihiraukannya.Dia mahu menenangkan perasaannya seorang diri.
“Menangiske?”Suara perlahan Amran membuatkan Rania terkejut.Amran terus duduk di sebelah Rania.Rania yang malu terus  mengesat air matanya.Rania berasa lebih terkejut apabila Amran menghulurkan sapu tangannya yang berwarna biru kepada Rania.
“Aku dengar kau nak sambung belajar ke Rusia…Hebatlah kau!”
        “Awak ape kurangya….Nanti,awak jagelah ibu awak…Boleh saye tanye khabar die selalu…”Kata-kata Rania membuatkan Amran mencebik.
        “Aku tak nak jage die!Aku masih marahkan die!Kau tak faham perasaan aku!”Amran meninggikan suaranya.
        “Amran,awak tak boleh cakap macamni.Die ibu awak!Die yang melahirkan awak!Cubelah bukak hati awak….Jangan berdendam!Bukan die yang bersalah dalam penceraian yang berlaku!Awak tak boleh letak kesalahan tu pada ibu awak saje!Awak kene terime!Ibu awak tengah sakit,die perlukan sokongan!Kalau bukan awak yang beri,susah untuk die menerime sokongan daripada orang lain…Jagelah die,sayangilah die selagi die ade…”Suara tegas Rania membuatkan Amran terpempan.Amran termenung.
        “Buang ego awak,minta maaf dengan ibu awak,ubah sikap awak….Saye kecewa dengan awak…Saye ingat awak handsome,pandai,awak seorang anak yang baik.Tapi,awak membuatkan kepercayaan saye kepade awak jatuh.Awak tak seperti yang saye sangka!Awak melukakan hati ibu awak!Jujur saye katekan,saye minat dengan awak.Tapi,lepas ape yang saye tengok,hati saye berubah…Berubahlah,Amran…”Ikhlas Rania menasihatkan Amran.Amran hanya terdiam dan termenung.Dia mahu membalas kata-kata Rania tetapi,dia mengakui kesalahannya.Lama dia termenung sehinggalah Rania bangun.
“Kau…Kau nak pergi mane?”
        “Nak baliklah…Kan dah nak Maghrib?Nah….”Rania menghulurkan sapu tangan Amran sambil tersenyum manis.Tidak disangka-sangka,Amran membalas senyumannya membuatkan dia malu.Amran bangun.
        “Ambiklah…Bawak pergi Rusia tau!Kalau kau rindu aku,tengoklah sapu tangan tu….”Kata Amran sambil berlalu pergi meninggalkan Rania yang kaku.
                ……….
Rania menghempaskan badannya di atas katil yang empuk.Dia berasa sungguh penat selepas menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya.Dia mencapai telefonnya.Dia sudah berjanji untuk menelefon Amran pada setiap hari Ahad.Misinya hanya satu.Dia mahu bertanya khabar tentang keadaan Puan Marina.Dia juga mahu bercakap dengan Puan Marina kerana Amran akan pulang ke rumahnya setiap hujung minggu.Amran melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Awam di Politeknik Melaka selama tiga tahun.
        “Hello,Assalamualaikum…”
         “Waalaikumussalam orang Rusia…How are you?”Amran ketawa.
         “I’m fine,Amran…Cikgu Marina macammane?Okay?Die ceria,tak?”
         “Alhamdulillah…Die okay je…Now,die ade kat bawah pokok,berbual dengan ibu awak…Ceria je…”Amran tersenyum lebar.
“Rindunya kat cikgu and my family!!!Next week,kite skype tau!Nak tengok muke mak and cikgu…”
         “Dengan saye,tak rinduke?”Amran ketawa.Rania sudah tersipu-sipu malu.Sejak Amran berbaik dengan Puan Marina dan Rania,dia suka mengusik Rania.Hubungannya bersama Puan Marina semakin erat.Nasihat yang diberikan oleh Rania amat terkesan di hatinya.Dia tidak sepatutnya mengabaikan wanita yang telah melahirkannya ke dunia.Dia tidak mahu menyimpan dendam kepada ibunya jika mahu berjaya di dunia dan akhirat.Kasih sayang Rania terhadap ibunya membuatkan dia tersedar dan berubah.
        Rania sudah tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke pangkuan keluarganya.Setelah lima tahun dia berjuang untuk mencapai impiannya,akhirnya dia  pulang ke Malaysia.Tempoh lima tahun amat panjang baginya.Dia terpaksa menahan rindu dengan tangisan.Dia terpaksa tabah dan cekal untuk menjalani kehidupan di negara orang.Susah senangnya di Rusia meninggalkan kenangan yang indah dalam hidupnya walaupun berjauhan dengan keluarga.Rania sudah terbayang wajah-wajah insan yang disayanginya termasuk Puan Marina.Setiap senyuman yang dihadiahkan kepadanya amat dihargai dan membuatkan hatinya sentiasa bersemangat untuk terus hidup di bumi orang.
                ……….
Keluar sahaja dari balai berlepas,Rania terus berlari mendapatkan keluarganya.Rania menangis teresak-esak sambil memeluk Puan Fatimah.Dia sungguh gembira dapat bertemu dengan keluarganya.Dia mencari-cari kelibat Amran dan Puan Marina tetapi,tidak kelihatan.Dia cuba menahan sedih dengan  melepaskan rindu yang menebal dalam dirinya kepada keluarganya.Saat dia memusingkan badannya ke belakang,dia ternampak seorang wanita di atas kerusi roda sedang tersenyum kepadanya.Rania terus mengalirkan air matanya.Sungguh dia merindui insan yang bergelar guru itu.Dia melepaskan beg di tangannya dan berlari ke arah Puan Marina.Pelukan yang erat diberikan kepada Puan Marina yang sudah menangis teresak-esak.Ciuman juga diberikan disertai dengan pelukan yang masih tidak dilepaskan.
        “Cikgu,cikgu sihat?”Rania masih menangis.Puan Marina mengangguk perlahan.

        “Rania,tengok kat sane!”Puan Marina menyuruh Rania memandang ke kanan.Seorang lelaki kacak yang tinggi lampai sedang berjalan menuju ke arahnya.Rania terkejut.Amran datang membawa sejambak bunga ros yang berwarna-warni sambil menhadiahkan senyuman yang menawan.Rania tersenyum indah.Dia masih tidak mempercayai apa yang dilihatnya.Saat Amran menyerahkan bunga kepadanya,ahli keluarga Rania terus ketawa.Pasti ada berita gembira yang menantinya pada esok hari.
NOTE: Atas permintaan penulis. anda boleh komen/cadangkan idea korang. Insyaallah dia akan bina cerpen lagi. ^^ stay tuned.
Assalamualaikum…saya memang amat meminati bidang penulisan.Saya akan cuba memperbaiki kelemahan dari hari ke hari supaya saya dapat menghasilkan karya yang terbaik dan mendapat tempat di hati pembaca.Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya,Puan Fatimah dan Encik Zaidi,keluarga saya,guru-guru saya terutamanya Puan Halimah yang memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan cerpen ini,kawan-kawan dan orang yang sentiasa menyokong saya.SELAMAT MEMBACA!!!!

Permata yang Bersinar (PART III)

        “Ya Allah!Amran,sampai hati awak cakap macamtu?Ibu awak yang jage awak selamani.Awak jangan jadik macam kacang lupakan kulit,Amran.Awak baru 15 tahunlah,Amran.Cube awak hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa,bolehke?Awak sepatutnya menjage ibu awak bile die sakit.Kenape awak macamni?!”Rania meninggikan suaranya.Amran membaling pinggan ke lantai dan terus masuk ke dalam biliknya.Rania cuba bersabar.Kalau diikutkan hati remajanya yang sedang membara dengan api kemarahan,mahu sahaja dia bergaduh dengan Amran.Tetapi,apabila dia mendengar suara tangisan Puan Marina,dia terpaksa menahan perasaannya itu.Rania mengelap air mata Puan Marina yang mengalir deras.Dengan spontan,Rania memeluk Puan Marina yang sudah teresak-esak.Rania cuba mendamaikan hati Puan Marina.Petang itu,sebelum pulang,Rania membantu Puan Marina mandi.Dengan penuh kasih sayang,dia memapah Puan Marina yang lemah ke bilik air dan menyediakan pakaiannya.Pinggan mangkuk yang kotor juga dia bersihkan.Dalam kemarahan,Rania masih ada sifat baik hati dengan memasakkan lauk lemak pucuk ubi untuk Amran.Dia berharap Amran akan berubah dan lebih memberikan perhatian kepada ibunya.
                ……….
        “Mak,ayah….Rania nak buat homework dekat tepi pantai,boleh?Ade task Sejarah yang Cikgu Marina bagi.”Rania meminta izin.Selepas ibu dan bapanya memberikan keizinan,dia melangkah dengan laju kerana dia tidak sabar untuk berjumpa dengan pantai.Semasa dia berjalan keluar,Puan Marina memanggilnya.
“Rania nak pergi mane?”
        “Pantai.Nak buat task yang cikgu bagi.Cikgu nak ikut?Boleh lepaskan tekanan…”Rania berharap Puan Marina akan mengikutnya kerana dia mahu bertanya jika dia tidak faham.Puan Marina mengangguk laju dan menyertai langkah Rania.Semasa mereka berdua berjalan,mereka berbual-bual kosong untuk mengelakkan tekanan.Apa yang membuatkan Puan Marina selesa ialah Rania memegang tangannya semasa berjalan,mungkin mengetahui tahap kesihatannya yang tidak menentu dan sering sakit.Cara mereka seperti kemesraan antara ibu dan anak.Puan Marina begitu menyayangi Rania yang selalu membantunya dan menceriakan hidupnya.Sebelum Rania membuat tugasan yang diberi,dia menarik tangan Puan Marina dan membawanya bermain dengan air laut.Mereka tidak kisah dibasahi dengan air laut.Aksi Rania yang menenangkan hati Puan Marina membuatkan dia ketawa dan selalu ceria.Rania memercikkan air ke muka Puan Marina dan dengan pantas,Puan Marina membalasnya.Selama satu jam,mereka berseronok bermain dengan air laut.Hidup Puan Marina yang sentiasa sunyi selama ini sudah ada penghibur yang boleh menggembirakan hidupnya.Biarlah fizikal Rania tidak secantik orang yang kurus tetapi,akhlaknya sangat baik.Tiba-tiba,Puan Marina memeluk Rania dari belakang yang leka mendongak ke langit dan melihat burun-burung berterbangan.
        “Cikgu sayangkan Rania macam anak sendiri.Dah setahun Rania selalu tolong cikgu,ceriakan hidup cikgu…Tak tahulah kalau cikgu dapat merasainya lagi  nanti…Cikgu gembira dapat tengok Rania selalu….Terime kasih…”Puan Marina mengalirkan air matanya.Dia begitu terharu dengan layanan ikhlas daripada Rania yang tidak pernah mengeluh.Rania tersentak.Tidak semena-mena,air matanya mengalir di pipi.Sungguh dia tidak percaya dengan penghargaan yang diberikan oleh Puan Marina.Dia tidak menyangka selama ini Puan Marina sangat menyayanginya.
        “Cikgu,janganlah nangis.Saye sensitif kalau orang menangis…Cikgu,jujur saye katekan,saye gembire dapat gembirekan cikgu…Saye pon sayang cikgu…InsyaAllah,kalau saye dipanjangkan umur,saye akan sentiasa jage cikgu dan ibu bapa saye sampai akhir hayat saye…Okay?”Rania memujuk dengan ikhlas.Lama mereka berpelukan.Pelukan seperti ibu dan anak itu disertai dengan pemandangan indah lautan yang terbentang luas dihiasi dengan burung-burung yang bebas berterbangan di langit.Setelah agak lama,Puan Marina melepaskan pelukan dan memimpin tangan Rania menuju ke meja kayu di bawah pokok.Wajah muram Rania membuatkan Puan Marina mendapat satu idea untuk menghiburkannya.
“Anak cikgukan handsome…..ramai peminat pulak tu…”kata Puan Marina.Rania mengerutkan keningnya.
        “Memanglah Amrantu handsome,ramai peminat,cute like a Korean,menarik perhatian,tegap walaupun baru 16 tahun…”Tiba-tiba,Rania menjadi naif.Dia tidak dapat mengagak usikan Puan Marina.
        “Raniakan cakap nak sentiase jage cikgukan sampai akhir hayat?Cikgu ade satu idea untuk membuatkan Rania selalu jage cikgu….Idea ni memang bernas dan sentiasa diingini oleh remaja perempuan yang kenal Amran…”Puan Marina sudah tergelak melihat riak muka Rania yang sedang bingung mencari jawapan.
        “Ape idea tu?Saye pon terfikir macammane nak jage cikgu selalu kalau saye kahwin nanti…”
“Rania kene kahwin dengan Amranlah!!!”Puan Marina mula melarikan diri.Rania yang tidak memahami tadi baru tersedar.Dia malu dan dalam masa yang sama,dia mahu mengejar Puan Marina yang mengusiknya tadi.Mereka berkejaran sambil bergelak ketawa.Tiba-tiba,Puan Marina terhenti dan memerhatikan sesuatu.Kelihatan Amran sedang melepak bersama kawan-kawannya di tempat yang selalu dia pergi.Puan Marina membuta keputusan untuk pulang tanpa menoleh belakang.Rania tercengang.Selepas beberapa ketika,barulah dia menyedari apa yang berlaku.Puan Marina berasa sedih dan marah dengan Amran.Hati ibu sukar diduga.Sabarnya ibu ada batasnya.Kasihnya ibu tiada penghujungnya.Walaupun Puan Marina nampak berlembut dengan Amran,dia juga mempunyai perasaan.Mungkin selama ini,dia mengalah.Tetapi,kalahnya dia bukan kerana dia lemah tetapi,mahu memberi anaknya peluang untuk berubah.Hati Rania juga sakit melihat perbuatan Amran yang tidak pernah serik walaupun dimarahi.Akhirnya,Rania pulang tanpa menyiapkan tugasannya.Dia tidak mempunyai semangat untuk menyelesaikannya selepas melihat apa yang berlaku.Biarlah kesedihan itu ditinggalkan tanpa dibawa pergi.
               ……….
Pagi Jumaat yang indah dan barakah.Rania hanya berehat di rumah kerana dia baru selesai menjalani peperiksaan akhir tahun Tingkatan Empat.Dia hanya mahu merehatkan mindanya di rumah kerana petang nanti dia mahu pergi ke pantai bersama Puan Fatimah dan Puan Marina.Dia sudah tidak sabar-sabar lagi mahu bermain air  dengan mereka.Jeritan Amran membuatkan Rania lekas-lekas bangun dan mencapai tudungnya.Puan Fatimah dan Encik Zaidi juga berlari keluar dengan cepat.Rania ketakutan.Dia menggagahkan diri untuk keluar.
        “Kenapa,Amran?”Dengan cemas,Puan Fatimah bertanya.Air mata yang bergenang di dalam matanya cukup membuatkan hati Rania terseksa.
        “Ibu,ibu…..ibu….”
                ……….
Air mata Rania deras mengalir di pipi gebunya.Dia tidak dapat mengungkapkan kata-kata.Kesedihannya melihat sekujur tubuh yang lemah di depan matanya membuatkannya kaku dan tidak bergerak.Dia terkejut.Penerangan yang diberikan oleh doktor tadi sungguh menyentap perasaannya.Dia cuba menenangkan hatinya tetapi,kenangan indah antara dia dan Puan Marina sering bermain di fikirannya sehinggakan dia hampir hilang pertimbangan.Mujurlah Puan Fatimah memeluknya dan menenangkannya.Rania menangis teresak-esak dalam pelukan ibunya.Rania menunggu peluang untuk berjumpa dengan Puan Marina kerana Puan Marina diziarahi dengan saudara-maranya yang jauh dan jarang sekali bertemu.Kesedihan Rania lebih meningkat selepas Amran menelefon saudara-maranya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku,dia terus menghilang entah ke mana.Rania geram dan bengang dengan sikap keras kepala Amran.Selepas saudaranya pulang,Rania pantas memeluk Puan Marina sambil menangis.Puan Fatimah dan Encik Zaidi hanya memandang,mungkin memberi peluang kepada Rania untuk bersama Puan Marina.
     “Maafkan cikgu sebab tak dapat teman Rania pergi pantai….”Puan Marina sudah mula menangis dan menyambung lagi,
“Lepasni pon tak boleh….Cikgu tak boleh jalan lagi…”Kata-katanya membuatkan Rania semakin menangis teresak-esak.Dia meletakkan kepalanya di atas dada Puan Marina.
      “Cikgu boleh pergi pantai,cikgu boleh….Rania boleh bawak…Cikgu mesti boleh pulih nanti,InsyaAllah…..Rania akan jage cikgu….”Rania masih memeluk Puan Marina.Dia masih tidak berhenti mengalirkan air mata.Dia bertekad mahu menjaga Puan Marina pada malam tersebut.Walaupun dihalang,sayangnya kepada Puan Marina membuatkan ibu bapanya tidak boleh berkata apa-apa.Mujurlah dia tidak bersekolah esok.
                ……….
Bermulalah kehidupan Puan Marina yang lumpuh daripada pinggang ke bawah.Dia terpaksa meninggalkan dunia pekerjaannnya sebagai guru.Dia terpaksa menghabiskan masanya dengan duduk di rumah sahaja.Walaupun begitu,Amran masih tidak berubah.Dia seperti berdendam dengan ibunya.Dia tidak menghiraukan keadaan ibunya yang semakin membimbangkan dari hari ke hari.Mujurlah seorang sepupu perempuannya yang tidak bekerja sanggup menjaga Puan Marina sepenuh masa.Rania juga tidak kurangnya.Semasa dia sibuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia,dia tetap meluangkan masa bersama Puan Marina.Walaupun dihalang oleh Puan Marina,Rania masih tetap dengan keputusannya.Mujurlah Rania seorang pelajar yang bijak dan pandai membahagikan masanya.

        “Mak,petangni,Rania nak tolong mandikan cikgu tau!”Rania meminta izin.Dia tidak pernah melupakan Puan Marina.Perasaan sayangnya semakin bertambah dan tidak pernah berubah.Rania berjalan ke rumah Puan Marina.

Permata yang Bersinar (PART II)

        “Bile Rania besar nanti,Rania boleh check cikgu sebab Rania nak jadik doktor.Walaupun Rania nak jadik doktor pakar bedah tulang,kalau nak check orang demam tu bolehlah kot…Cikgu tunggu tau..”Rania menghadiahkan senyuman kepada Puan Marina.Dia bangun dan pergi ke dapur.Tuala kecil diambil dan dibasahkan dengan air.Dengan pantas,dia meletakkan tuala tersebut di dahi Puan Marina untuk menurunkan sedikit suhu badannya.Rania merenung wajah Puan Marina yang sedang tidur.Kasihan dia melihatnya.Sudahlah tiada suami disisi,anak juga tidak tahu ke mana.Wajah Amran tidak kelihatan semenjak Rania masuk ke dalam rumah.Rania mengurut perlahan lengan Puan Marina.Kasihnya kepada Puan Marina seperti kasihnya kepada Puan Fatimah.Rania pergi ke dapur dan memasakkan bubur sayur untuk Puan Marina.Rania menatang dulang berisi semangkuk bubur panas bersama segelas air masak.Dia berjalan berhati-hati dan meletakkannya di atas meja dengan perlahan.Puan Marina yang semakin lemah duduk bersandarkan bantal.Rania menyuapkan sesudu bubur kepada Puan Marina.
“Sedapnya Rania masak….”Puji Puan Marina.
        “Biase-biase je…Mak yang ajar.Die chef yang sebenar…”Rania menyuap bubur kepada Puan Marina sehingga licin mangkuk itu.Dia sudah bersiap untuk pulang selepas selesai membasuh pinggan dan memastikan Puan Marina makan ubat.Sebelum keluar,Rania masuk ke dalam bilik Puan Marina.
        “Cikgu,saye ade masakkan lauk asam pedas untuk Amran.Nanti suruh die makan tau.Tak tahulah sedap atau tak.”
        “Rania,sini sekejap…”Puan Marina memanggil Rania.Tangan Rania digenggam dan diusap.
         “Rania,terima kasih banyak-banyak…Untung Puan Fatimah dengan Encik Zaidi dapat anak macamni…”Puan Marina memeluk Rania.Dia berasa tersentuh melihat keprihatinan Rania terhadapnya.Dia berasa selesa dengan Rania.Rania memeluk Puan Marina dengan erat.Lama mereka begitu.Rania terus melepaskan pelukan selepas dia mendapati Puan Marina sudah terlelap.Dia meletakkan kepala Puan Marina dengan perlahan dan terus bangun.Dia terkejut melihat Amran yang sedang berpeluk tubuh dan menyandarkan badannya di pintu bilik Puan Marina.
“Kau baru nak balik?”
        “Awak pergi mane?Kesian ibu awak.Saye ade masakkan lauk untuk awak.Makanlah kalau sudi.”
        “Kau tak payah nak ambil tahu pasal aku,faham?!”Suara Amran yang kuat mengejutkan Puan Marina daripada tidur.Rania cepat-cepat keluar dan pulang ke rumah .Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata Amran.
                ……….
        “Rania sayang,tolong siramkan pokok bunga mak…”
        “Okay makku sayang!”Jawab Rania sambil menyarung tudung.Dia keluar ke halaman rumah untuk menyiram pokok-pokok bunga ibunya.Puan Fatimah suka menanam pokok bunga untuk menghiasi halaman rumah.Semua pokok bunganya hidup subur dan cantik.Rania memulakan kerjanya.Sesekali dia menyanyi perlahan sambil mengintai jejaka yang dia minat,Amran.Akhirnya,dia dapat melihat Amran besertakan suaranya yang kuat seperti memarahi seseorang.Kelihatan Puan Marina di muka pintu sedang melihat Amran.Apabila Rania menyedari yang Puan Marina sedang melihatnya,dia cepat-cepat melarikan pandangannya.Dia tidak mahu Puan Marina malu.Rania terus berjalan pantas untuk masuk ke dalam rumah tetapi,dia dipanggil Puan Marina.Rania berjalan perlahan.
        “Cikgu,saya tak sengaja terdengar tadi.Maafkan saya.”Puan Marina tersenyum.
“Takpe…Cikgu panggilni nak ajak Rania makan buah manggis dengan cikgu.Ajak mak sekali tau.Kite makan same-same.”
        Mereka menghabiskan masa pada waktu petang dengan makan buah manggis sambil berbual-bual.Selepas Puan Fatimah masuk ke dalam rumah,Rania masih tidak berganjak dan menemani Puan Marina di luar.Tiba-tiba,Puan Marina kelihatan lemah dan wajahnya menjadi pucat seperti selalu.Puan Marina seperti mahu rebah dan jatuh tetapi lengannya sempat dipaut Rania.
“Cikgu!”Rania terjerit.
“Tiba-tiba badan cikgu rasa sakit-sakit…”Rania terus memapah Puan Marina masuk ke dalam rumahnya.
        “Nak saye urut,tak?”Rania bertanya dengan ikhlas.Risau dia melihat keadaan Puan Marina.Puan Marina mengangguk perlahan.Dia mengurut lembut badan Puan Marina sambil berbual-bual.Sesekali dia bertanya tentang subjek Sejarah yang dia lupa.Rania bangun untuk mengambil segelas air masak untuk Puan Marina dan apabila dia kembali ke ruang tamu,dia melihat Amran yang basah kuyup sedang berdiri di hadapan ibunya.
“Amran ke mane tadi?”Puan Marina bertanya dengan lemah.
        “Kenape ibu sibuk nak tanya?Sukati Amranlah nak pergi mane!”Tengking Amran.Rania tersentak.Dia berjalan laju menuju ke arah Amran.
        “Amran,janganlah tengking ibu awak!Walaupun saye tak tahu ape masalah awak,awak tak sepatutnya marah ibu awak macamtu!”Rania bersuara.Amran yang berang merampas gelas yang dipegang Rania dan menyimbah ke muka Rania.Hati Rania semakin membara tetapi dia menahan amarahnya kerana kasihankan Puan Marina.Dia mengelap mukanya.
        “Hei,Rania Chubby!Kau jangan sibuk hal akulah!”Amran menengking Rania dan berlalu pergi.Puan Marina memegang tangan Rania.
        “Rania,maafkan Amran….”
              ……….
        “Rania,sini sekejap.”Pinta Puan Marina yang sedang mengemas meja gurunya di dalam bilik guru.Dia ternampak Rania sedang berjalan keluar dari bilik guru.Rania berjalan menuju ke meja Puan Marina dengan senyuman.
        “Petangni,datang rumah cikgu tau.Cikgu nak buat kuih lepat pisang…Rania sukekan?”
        “Okay!”
                ……….
Rania berjalan perlahan di tepi pantai.Dia sangat merindui pantai yang sudah seminggu dia tidak kunjungi kerana menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga.Sesekali dia mencangkung dan bermain dengan air.Apabila penat,dia akan mendongak melihat pergerakan awan.Dia sangat suka melihat langit yang sentiasa cantik.Setelah puas,Rania duduk di bawah sepohon pokok yang rendang.Dia memandang sekeliling.Kelibat seorang jejaka kacak amat menarik perhatiannya.Rania memerhati dari jauh.Amran sedang duduk melepak bersama kawan-kawannya yang disertai dengan beberapa orang perempuan yang sebaya umur dengannya.Rania cuba berfikiran positif tetapi renungannya yang di balas dengan wajah garang Amran membuatkan dia percaya bahawa jejaka itu memang Amran.Rania hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar.Terkejut Rania melihat Amran yang sedang berfoya-foya dan membuang masa bergitu sahaja tanpa menghiraukan ibunya yang sering tidak sihat.Puas memerhati,Rania berjalan pulang kerana dia teringat ajakan Puan Marina untuk dirinya yang menyuruhnya datang ke rumah Puan Marina.
        “Cikgu tunggu lameke?Sorry…Sini,saye tolong.Mak selalu buat kuihni,sebab tu saye boleh tolong.Kalau tak,memang saye ni duduk saje jelah..”Puan Marina tergelak.Rania menghabiskan masanya selama dua jam membantu Puan Marina membuat kuih lepat pisang.Dia tidak pernah mengeluh sebaliknya dia berasa gembira kerana dapat membantu Puan Marina.Selepas siap menghidang,Puan Marina terus ke ruang tamu dan baring di atas kerusi panjang.Rania tahu apa yang berlaku kepada Puan Marina dan dia terus mengambil segelas air masak untuk Puan Marina.
     “Cikgu okaytak?Sakit kepala lagi?Cikgu penatni…Rehatlah…Nanti saye masakkan bubur ayam untuk cikgu,senang dicerna…Lepastu saye angkatkan kain dan lipatkan…Then,saye boleh urutkan kepala cikgu.Cikgu izinkan?”Puan Marina mengangguk lemah.Dia tidak mahu menyusahkan Rania tetapi dia juga tidak mahu mengecewakan Rania.Semasa Rania sedang mengurut kepala Puan Marina,Amran pulang.Dia terus ke dapur dan kembali semula dengan membawa sepinggan kuih lepat pisang.Dia menterbalikkan pinggan tersebut dan menyebabkan semua kuih lepat pisang bertaburan di lantai.Rania yang bengang dengan tindakan Amran terus mengutip kuih yang bertaburan di lantai.Dia cuba bersabar.Puan Marina hanya memandang dengan lemah.Dia tidak mampu berkata-kata kerana tubuhnya sungguh lemah dan tidak bermaya.
        “Ape motif awak buat macamni,Amran?Kuih tu makanan,rezekikan?Untuk awak makan.Kenape awak mesti buat macamtu?Awak hanya mendapat dosa walaupun awak berasa puas.Awak tak rase susah hati ke tengok ibu awak sakit?”Rania tidak boleh menahan marahnya terhadap Amran.Dia tidak tahu mengapa Amran bertindak sedemikian sedangkan Puan Marina melayannya dengan baik dan penuh kasih sayang.

        “Ape yang kau tahu sampai nak marah aku?Aku tak susah hati langsung tengok ibu aku sakit.I don’t care!Hati aku lagi sakit,faham!”Tersentak Rania mendengar luahan berani daripada Amran.Sungguh,Rania terkejut.Dia semakin tidak memahami perangai sebenar Amran yang melepaskan kata-kata dengan kasar sekali.Wajah kacaknya tidak menggambarkan perangai sebenar yang sepatutnya dia ada.

Permata yang Bersinar (PART I)

KARYA:NURAIHANAH  NAJIHAH  BINTI  ZAIDI
Rania  membuang  pandangannya  ke  laut  yang  kebiru-biruan bagai menguntum senyuman buat  si  gadis menenangkan fikiran daripada  segala kekusutan.Deruan  ombak  yang menghempas pantai  mendamaikan  jiwa  remajanya.Sesekali,gadis itu  mengukir gambar-gambar  menarik  di  atas  pasir  pantai  yang putih  bersih.Langit  yang membiru dihiasi  dengan  awan yang  seolah-olah  membentuk objek  sememangnya  menarik  hati setiap orang  yang  melihatnya.Meluangkan masa di persisiran pantai Sri Pantai memang akan menggamit banyak  memori indah  kepada  setiap  pengunjungnya.Rania terleka melihat keindahan alam ciptaan Allah yang indah ini.Habuk pasir yang memasuki mata bundarnya  membangunkan dia daripada  lamunan.Dia mengintai  jam tangannya lantas dia berdiri  sambil menyapu bersih pasir  pantai yang melekat di seluarnya.Sambil  berjalan  pulang,dia mengemaskan  tudungnya  yang senget  dipukul angin kuat.
        “Assalamualaikum…..”Rania melangkah masuk  ke dalam rumah.Ibunya,Puan Fatimah  datang  ke arahnya sambil   menatang  dulang  yang berisi semangkuk pisang goreng yang masih panas.
        “Rania,pergi beri pisang goreng ni pada cikgu baru tu….Semalam,Rania tak jumpe dia lagikan?Masa dia pindah masuk,anak mak yang comel ni pergi tusyen….Nah..”Dulang sudah bertukar tangan.Rania mengatur langkah menuju ke rumah jiran barunya.Pada mulanya,dia agak segan tetapi apabila dia melihat seorang wanita awal 40-an sedang menyapu sampah,dia terus menuju ke arah wanita itu.
        “Assalamualaikum,cikgu.Mak beri pisang goreng untuk cikgu…Rasalah…”Rania menghadiahkan senyuman yang manis menampakkan lesung pipitnya yang dalam.Senyumannya dibalas dan dulang di tangannya sudah diambil dan diletakkan di atas meja kayu di bawah pohon manggis.Rania menghulurkan tangan untuk bersalam dengan sopan.
        “Anak Puan Fatimahni,siapa namenye?”Wanita yang nampak sedikit pucat itu bertanya sambil menarik tangan Rania untuk duduk bersamanya.
        “Name saye Nur Rania Amirah binti Zaidi,panggil je Rania..Cikgu?”
        “Nur Marina….cikgu mengajar subjek Sejarah di sekolah Rania nanti…Rania tingkatan tigakan?Cikgu akan mengajar pelajar tingkatan tiga,empat dan lima….Esok kite jumpelah…”Rania dan Puan Marina terus berbual dengan rancaknya tanpa menyedari hari sudah hampir gelap.Saat waktu menginjak jam 7.00 malam,Rania meminta izin untuk pulang.Dia berasa selesa berbual bersama Puan Marina.Rania berjalan menuju ke arah rumahnya sambil menatang dulang yang dibawanya tadi.Tiba-tiba,dulang yang ditatangnya terpelanting mengenai kepalanya.Dia mengaduh sambil memicit kepalanya kerana dia terasa mamai.Dia mengangkat kepalanya dan terpana saat terpandang seraut wajah yang sangat kacak berdiri tegak di hadapannya.Matanya tidak berkelip melihat makhluk Allah yang indah dan mempersonakan ini.Matanya bulat dan berwarna coklat.Rambutnya yang  hitam dan lembut menari-nari ditiup angin.Badannya yang kurus dan tinggi menampakkannya seperti seorang model.Jejaka itu hanya memandangnya sambil membetulkan rambutnya yang jatuh ke dahi.Dia terus melarikan pandangannya apabila dia menyedari tindakannya itu salah dan cepat-cepat beristighfar.Dia sungguh terpesona melihat wajah jejaka itu walaupun jejaka itu hanya diam dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi.Kedengaran Puan Marina berlari-lari anak menuju ke arah Rania yang masih diam dan terpaku.
“Rania,sakit ke?”Puan Marina terus meneliti kepala Rania kerana dia takut kepala Rania akan terluka.Rania menggeleng walaupun dia berasa sakit.
        “Amran,say sorry kat Rania….Kenape buat macamtu?”Dengan pantas,Puan Marina memberikan arahan.Amran mencebik.
        “Kenapa Amran yang patut minta maaf?Kenape bukan Rania yang terlebih comelni?Dan,kenapa bukan ibu yang berbual sampai tak ingat Amran?Ibu buat macam tu jugak kat abah duluke?”Kasar sekali kata-kata yang diluahkan oleh Amran kepada ibunya.Rania tersentak mendengar sindiran Amran tetapi,dia lebih merasakan yang Puan Marina sangat berkecil hati dengan kata-kata Amran.Puan Marina hanya tersenyum pahit.
        “Rania,maafkan Amran.Mungkin dia tak sengaja.Dia penat sangat sebab tu dia cakap kasar macamtu.”
        “Takpelah,cikgu…Sikit je…”Rania berfikiran positif.Tidak mungkin jejaka sekacak itu biadab dengan ibunya sendiri lebih-lebih lagi Amran yang berbaju Melayu berona hijau sedang menuju ke masjid untuk bersolat maghrib secara berjemaah.Tidak mungkin Amran sanggup membuat ibunya terluka kerana sebentar tadi Puan Marina telah mengatakan yang Amran seorang anak yang baik,pandai dan menghormati orang tua.Rania melangkah pulang tanpa menyimpan kejadian tadi dalam ingatannya.Walaupun wajah kacak Amran sering bermain di mindanya,dia tetap berpendirian tetap bahawa Amran bukan seorang anak yang biadab dengan ibunya.Rania membuat keputusan untuk tidak meluahkan perasaannya terhadap Amran dan berharap jika suatu hari nanti dia tidak ditakdirkan untuk bersama Amran,dia akan terima dengan seadanya.Dia tidak mahu berfikir tentang cinta kerana dia mahu mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pakar bedah tulang apabila dia dewasa nanti.
                        ……….
Di dalam kelas 3 Wonderful,Rania duduk sambil membaca buku sementara menunggu guru kelasnya,Puan Jamilah masuk untuk melakukan sedikit persiapan sebelum peperiksaan percubaan PT3 berlangsung.Rania tidak menyertai kawan-kawannya berbual di bahagian belakang kelas sebaliknya dia membaca buku bersama sahabatnya,Naimah.Bunyi tapak kasut tumit tinggi Puan Jamilah membuatkan semua pelajar cepat-cepat berdiri di tempat masing-masing.Selepas ucapan salam diberi dan dibalas,Rania meneruskan bacaannya apabila dia mendengar Puan Jamilah sedang berbincang dengan beberapa kawan sekelasnya yang mengerumun di meja guru.Ketika dia tekun menelaah pelajaran,kedengaran suara rakan sekelasnya yang perempuan bersorak.Rania mengangkat mukanya dan terkejut melihat Amran sedang berdiri di hadapan kelas.Rania terus mengingati azamnya walaupun hatinya meronta untuk mendekati Amran.Hanya Rania dan Naimah sahaja yang bagai tenggelam dalam dunia sendiri tanpa menghiraukan suasana sekeliling.Rania terpaksa menahan gelora hati remajanya.
                ……….
Rania terus menyarung sehelai tudung untuk pergi ke tepi pantai,tempat yang dia sayangi.Dia menghabiskan masa selama satu jam sebelum dia berjalan pulang.Ketika dia memasuki kawasan rumahnya,dia melihat Puan Marina yang sedang terduduk di atas tanah sambil memegang kepalanya.Langkahnya dipercepatkan untuk mendapatkan Puan Marina.Rania membongkokkan badannya sambil menyentuh lembut bahu Puan Marina.
        “Cikgu sakitke?Kenapeni?Mane Amran?”Rania bertanya dengan cemas sambil membantu Puan Marina bangun.
“Pening sikit.Mungkin tekanan darah naik agaknya.”Jawapan lemah diberikan.Wajah pucat Puan Marina merisaukan Rania.Rania memapah Puan Marina pergi ke meja di bawah pohon manggis.Sejurus dia memastikan yang Puan Marina sudah duduk,Rania berlari ke rumahnya dan mengambil segelas air masak dan sebotol minyak panas.Puan Fatimah hanya melihat dari pintu rumah dengan risau.
        “Cikgu,minum air ni”Rania memberikan gelas tersebut kepada Puan Marina.
        “Terima kasih,Rania.”Senyuman diberikan.
        “Cikgu,baring kat sini.Saye nak urutkan kepala,boleh?”Pinta Rania sambil menunjukkan pahanya untuk membiarkan Puan Marina meletakkan kepalanya.Entah kenapa Puan Marina berasa selesa dan tanpa ragu-ragu,dia meletakkan kepalanya di atas paha Rania.Akhirnya,Puan Marina terlelap di pangkuan Rania.
                ……….
        “Rania,pagi ni naik dengan Cikgu Marinalah…Teman die.Takut ade ape-ape ke nanti.Dia tak sihat lagi tu…”Pesan Puan Fatimah selepas Rania menyalaminya dan Encik Zaidi.Rania melangkah ke arah Puan Marina yang sedang memasukkan begnya ke dalam kereta.Wajah Puan Marina masih pucat dan tidak bermaya.Kelibat Amran masih tidak kelihatan.Rania mendekati Puan Marina.
        “Cikgu,mak suruh Rania naik dengan cikgu pagini.Dia risau tengok cikgu…Boleh?”Tanya Rania sambil membantu Puan Marina.Puan Marina hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Baiknya hati Puan Fatimah…Terima kasih Rania.”Ucap Puan Marina selepas mereka berdua sudah masuk ke dalam kereta.
        “Takpelah cikgu.Kitekan berjiran?Mane Amran?Die tak naik sameke?”Puan Marina terdiam.Melihat keadaan Puan Marina yang tidak selesa dengan soalannya,Rania mengalih kepada topik yang lain.
        “Cikgu kalau nak saye tolong,panggil je….Super Rania akan datang punye…”Puan Marina tergelak.
“Yelah…”Jawab Puan Marina sambil mencubit pipi gebu Rania.Mereka sama-sama tergelak.
                ……….
Selepas dia menghabiskan kerja sekolahnya dan membantu Puan Fatimah memasak,Rania pergi ke rumah Puan Marina untuk menziarahinya yang sudah dua hari demam.Rania berdiri di hadapan rumah Puan Marina dan memberi salam.Agak lama juga dia menunggu.’Mungkin cikgu tidur agaknya.Tapi,mane Amran?Takkan tak dengar?’Dia bercakap bersendirian.Tiba-tiba,dia disergah.
        “Kau buat ape kat sini?Baliklah.”Amran berdiri di pintu sambil menggosok-gosok matanya.Lagaknya seperti baru bangun tidur.Tetapi,nada suaranya agak kasar dan hati Rania tersentak.
“Saye cume nak tengok ibu awak.Boleh saye masuk?”
        “Sayangnya kau kat ibu aku…Tak yah tengok dielah…Die okay je..Baliklah!”Rania dihalau.Kedengaran suara lemah Puan Marina dari dalam bilik menyuruh Rania masuk.Amran mengeluh.
“Saye risau tak nampak cikgu daripada semalam.Cikgu masih demamke?”Rania terus duduk di sisi Puan Marina yang terlantar di atas katil.Rania cepar-cepat meletakkan tangannya dia atas dahi Puan Marina.
        “Panasnya badan cikgu.Nak pergi klinik tak?Nanti Rania suruh ayah bawakkan.”Rania sudah bangun tetapi tangannya digenggam.
“Takpelah Rania.Tak teruk sangatni….”Puan Marina menolak dengan lemah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close