SUBSCRIBE

Tuesday, 2 December 2014

Kasih Ibu membawa ke Syurga.

Karya: Nurzaidatul Ahdwa binti Ahmad.

     Kelahiran bayi kembar di Hospital Selayang amat menggembirakan Tengku Hilman yang sedari tadi ke hulur ke hilir kerana risau akan isterinya yang sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.Dia masuk ke bilik bersalin untuk melihat isterinya dan anak-anaknya.Isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.Sebelum berkahwin,Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha telah memikirkan nama untuk anak mereka.Mereka menamakan anak lelaki mereka Rayyan Iskandar dan anak perempuan mereka Dayyan Afrina.Raut wajah mereka kelihatan sangat teruja apabila mendapat cahaya mata setelah lama mereka mendirikan rumah tangga.Kehadiran Rayyan dan Dayyan membuatkan hubungan antara Tengku Hilman dan isterinya semakin erat.

     Setelah Tengku Intan habis pantang,dia mula pergi ke pejabat dan mengupah seorang pengasuh untuk menjaga anak-anaknya.Tengku Hilman tidak suka dengan perkara yang dibuat oleh Tengku Intan.Jadi,keesokan paginya Tengku Hilman menyuruh isterinya berhenti bekerja kerana risau akan anak –anaknya yang diasuh  oleh Kak Timah yang berasal dari Indonesia.Tengku Hilman risau kerana zaman moden ini pengasuh tidak menjaga anak yang diasuh dengan baik.Seperti yang selalu dibacanya di dalam akhbar,ada yang membaling bayi,menghempas,tidak memberi makan dan minum dan ada yang cuba mengambil anak itu daripada ibu bapanya.Akhirnya Tengku Intan bersetuju dengan pendapat suaminya dan berhenti bekerja.Dia tidak pernah ingkar akan arahan suaminya walaupun ada perkara yang tidak dipersetujuinya.

     Setelah beberapa tahun,Rayyan dan Dayyan sudah mula didaftarkan di sekolah berprestij tinggi dimana hanya anak – anak orang berada yang bersekolah di situ.Tengku Intan berfikir untuk memasukkan anak-anaknya ke sekolah biasa kerana takut anak-anaknya akan mula lupa ajaran islam yang selama ini diajar olehnya.Dia memberitahu kepada suaminya apa yang difikirnya,akan tetapi suaminya tidak bersetuju kerana mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.Tengku Intan sangat kecewa dengan sikap suaminya yang keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain.Tengku Intan berharap yang suaminya tidak akan menyesal jika anak-anaknya berkelakuan buruk terhadap mereka bak kata pepatah sudah terhatuk baru terngadah.

     Apabila anak-anaknya sudah tamat persekolahannya,mereka sudah mula berfoya-foya,pergi ke kelab malam dan mereka bergaul tidak mengira batas antara lelaki dan perempuan.Pada suatu malam,Rayyan dan Dayyan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.Tengku Hilman dan Tengku Intan terkejut apabila melihat mereka sebegitu.Tengku Hilman memarahi Rayyan dan Dayyan tetapi mereka tidak takut akan dirinya.Rayyan!Dayyan!kenapa kamu berdua mabuk?Marah Tengku Hilman.Rayyan dah besar ayah!kenapa kena ikut cakap ayah dan ibu.Ntah ayah dan ibu,kami  boleh buat apa yang kami nak.Ayah dan ibu tidak perlu  masuk campur hal kami jawab Dayyan. Kurang ajar punya anak! Tengku Hilman sudah mula hilang sabar,dia menampar anak-anaknya sekuat hatinya PANG!PANG!Selama ini aku jaga kau orang, ini balasannya?Mulai sekarang,duit belanja kau orang aku sekat.Tengku Intan hanya berdiam diri dan menangis apabila melihat keadaan anak-anaknya.Dia sudah mengagak yang perkara ini akan terjadi.Dia sudah melarang suaminya untuk memasukkan anak-anaknya ke sekolah itu,akan kerana sikap suaminya itulah anak-anaknya menjadi begini.Tengku Hilman masuk ke biliknya sambil menghempas pintu.Manakala Tengku Intan agak terkejut kerana dia tidak pernah melihat  suaminya marah sampai begitu sekali.Jadi,dia pergi ke bilik suaminya dan memujuk suaminya.Rayyan dan Dayyan yang tidak heran dengan sikap ayahnya terus masuk ke bilik mereka.

     Keesokannya,Tengku Intan pergi ke bilik mereka berdua untuk menasihati tetapi dia telah dimarahi oleh mereka.Ibu,ibu tak payah masuk campur hal kamilah.Kami dah besar dan kami tak perlu nasihat ibu.Tengku Intan menasihati mereka lagi Rayyan,Dayyan tak kesian ke melihat ayah menangis malam tadi dengan apa yang kau orang dah buat?Tak! Jawab mereka berdua serentak.Buat apa nak kesian dengan orang yang dah sekat duit perbelanjaan kami dan marah kami?kata Dayyan.Jadi,kalau boleh kamu berdua tidak boleh dimarahi?Begitu?marah Tengku Intan.Mereka  mula berfikir,ya!jawab Rayyan.kami tak nak dimarahi dan mahu bebas dari rumah ni,dari ayah dan ibu dan semua yang berkaitan dengan KAU!Tengku Intan yang terkejut dengan apa yang dikata oleh Rayyan cuba menamparnya,tetapi dihalang oleh Rayyan dan dia menampar ibunya.Tengku Intan terkesema dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya.

     Sedari tadi,Tengku Hilman asyik melihat isterinya menasihati anak-anaknya.Difikirnya,anak-anaknya akan mendengar nasihat orang yang mengandungkan mereka selama Sembilan bulan yang digelar sebagai IBU.Malah,dilihatnya mereka menampar isterinya.Dia mula mengorak langkah ke arah isteri dan anak-anaknya.Kurang ajar kau Rayyan dan Dayyan!Sanggup kau menampar orang yang selama ini bagi kau orang kehidupan,ajar kau orang mengenai agama islam.Kau orang tak tahu ke yang syurga kau orang di telapak kakinya?Tengking Tengku Hilman.Dia amat kecewa dengan anak-anaknya dan berharap Tuhan akan menolong membawa mereka ke jalan yang betul.Rayyan dan Dayyan senyum mengejek,hahh?ada syurga di bawah telapak kaki ibu?Hahaha mereka ketawa.Nonsense!mana ada syurga kat telapak kaki dia fikir dia bidadari ke atau Tuhan?Tengku Hilman dan Tengku Intan sudah mula mengucap di dalam hati.Astagfirullahalazim!Apa yang aku sudah buat ya Allah sampai anak-anakku kurang ajar terhadap aku dan ibu mereka sendiri?Rayyan dan Dayyan yang sudah rimas dengan keadaan itu mula keluar dengan kawannnya.Mereka tidak menghiraukan ayah dan ibunya yang menangis teresak-esak di rumah itu.

     Selama ini,mereka sudah mencurahkan kasih sayang yang banyak kepada Rayyan dan Dayyan bagai menatang minyak yang penuh.Tetapi,mereka tidak tahu apa yang kurang dengan kasih saying itu.Setahunya,isterinya sudah banyak mengajar anak-anaknya tentang agama islam,mengajar mengaji dan membawa mereka ke rumah ustaz untuk mempelajari ilmu fardu ain dan fardu kifayah.Tengku Hilman mula berfikir apa punca anak-anaknya menjadi begitu selepas mereka keluar.Dia fikir adakah kerana aku tidak mendengar kata anak-anaknya?Kenapa aku perlu mendengar kata anak-anakku sedangkan aku ketua keluarga?atau kerana aku tidak mendengar nasihat isteriku untuk menghantar anak-anakku ke sekolah biasa?Ya!mungkin perkara itu yang menjadikan anak-anakku melawan cakap aku dan isteriku.

     Pada petang hari itu,Rayyan dituduh oleh kawannya yang dia  menjadi keldai dadah kerana takut ditangkap oleh polis.Rayyan cuba menafikan tuduhan itu,tetapi polis itu tetap menangkapnya dan bercakap hal ini nanti di balai polis.Manakala kawan Dayyan banyak berhutang dengan along,dan tidak mampu membayarnya dan meminta Dayyan membayarnya.Dayyan memarahi kawannya kau gila ke nak suruh aku bayar?Aku mana ada duit?Kau ni pun,dah tahu tak punya duit nak bayar yang pergi pinjam kenapa?Dah la pinjam dengan along pulak tu!Masalah la kau ni!Ish!!!Dengus Dayyan.Ala!kau kan ada duit.pinjamkanlah kat aku kata kawannya.Masalahnya ayah aku dah sekat duit perbelanjaan aku dengan abang aku,jawab Dayyan.Kenapa pulak?Tanya kawannya.Aku dan abang aku balik dalam keadaan mabuk.Maaflah aku tak boleh tolong kau lah.okaylah aku nak balik dulu.

     Dayyan menelefon abangnya tetapi tidak ada yang mengangkat kerana telefon itu telah dirampas oleh pihak polis.Ketika sampai di rumah,Dayyan melihat ayah dan ibunya menangis lalu bertanya kenapa ayah dan ibu menangis malam malam ni?Ada orang mati ke?Siapa?Mana?.Dia melihat sekeliling rumah dan bertanya kepada ibu dan ayahnya Mana abang? Dia tak balik lagi ke? Tadi Dayyan call dia tapi dia tak angkat telefon dia.Kau tak tahu ke yang abang rayyan kau ditangkap polis? Tanya Tengku Hilman.Hahh? Ditangkap polis? Sebab apa? Dayyan tak tahu pun pasal tu! Kata Dayyan.Abang kau kena tangkap sebab dituduh menjadi keldai dadah,kau tahu? Mana aku nak letak muka aku ni? Aku malu dapat anak macam kau orang ni!! Kata Tengku Hilman sambil menahan air mata daripada mengalir.Tetapi ayah,abang rayyan dituduh bukannya dia buat perkara tu! Sama saja walaupun dia tak buat,yang dia pergi berkawan dengan orang yang menjadi keldai dadah kenapa? Macam dah tak ada orang baik yang nak berkawan dengan dia.Kalau kau orang berdua berkawan dengan orang yang baik,mungkin kau orang takkan terjebak dalam masalah yang besar macam sekarang ni tau?. Kata Tengku Hilman. Dayyan diam sekejap,memang betul apa yang dikatakan oleh ayahnya,kalau dia dan rayyan berkawan dengan orang yang baik mungkin mereka tidak kurang ajar dan menampar ibu mereka sendiri.
 
      Dayyan meminta ibunya supaya memujuk ayahnya untuk membebaskan abangnya.Tetapi, ayahnya tetap berkeras untuk membiarkan abangnya duduk di penjara sementara supaya abangnya menyesal atas apa yang dilakukan.Dayyan cuba memujuk ayahnya untuk mengikat jamin abangnya dan dia berjanji yang dia akan mendengar kata ibu ayah dan akan berkawan dengan orang yang baik.Ayah! Ibu! Dayyan nak minta maaf kerana sudah banyak menyusahkan ibu dan ayah.Kata Dayyan sambil memengang tangan dan mencium tangan mereka.Tengku Intan Zulaikha mengangguk dan mencium dahi anak perempuannya Dayyan.Manakala Tengku Hilman menarik nafas lega apabila melihat anak perempuannya sudah kembali ke jalan yang benar.

     Dia memanggil Dayyan dan memeluk anaknya sambil menangis.Mereka akan pergi ke balai polis esok pagi untuk mengikat jamin.Mereka masuk ke bilik masing masing untuk berehat dan menenangkan diri yang risau akan anak lelakinya pula.Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha tahu yang Dayyan tidak boleh berpisah dengan abangnya Rayyan kerana mereka kembar dan sentiasa bersama dari kecil. Pada keesokan harinya,kring!! Kring!! Kring!! Kring!! Telefon Dayyan berbunyi, Asalamualaikum siapa ni? Hello! Dayyan kau ke ni? Sejak bila kau bagi salam ni? Hah! Lupakan sajalah kau ada duit tak?aku nak pinjam nak shopping la.Tanya kawan  Dayyan. Minta maaflah aku tak ada duit dan lagi satu perkara aku tak nak berkawan dengan kau dah sebab aku nak berubah.Kalau kau masih nak berkawan dengan aku,kau ubahlah akhlak kau dari segi pakaian,pergaulan dan adab ketika bercakap.Macam mana kau boleh berubah ni Dayyan? Tanya kawannya. Aku nak berubah,aku malu dengan ayah dan ibu aku.Aku dah banyak menyusahkan mereka dari aku kecil hingga aku besar jawab Dayyan.Dia menghembus nafas lega apabila dia sudah habis bercakap dengan kawannya

     Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha pergi ke bilik Dayyan untuk meminta dia bersiap untuk ke balai polis. Knok! Knok! Dayyan bersiap cepat dah nak pergi ni.Kata Tengku Intan Zulaikha sementara Tengku Hilman menunggu di luar rumah. Okay ibu,Dayyan dah siap ni! Jawab Dayyan.Tengku Intan sudah berada di tempat suaminya menunggu dan beberapa minit kemudian Dayyan turun dan pergi ke ibu dan ayahnya.Mereka tersenyum gembira apabila melihat Dayyan molek berbaju kurung dan memakai tudung.Tanpa membuang masa,mereka terus ke balai polis.Sampai di balai polis,mereka melihat Rayyan sedang duduk di bangku menunggu untuk disoal siasat.Dia merasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya dan apabila dia terus berpaling,dia melihat ada ibu,ayah dan juga adiknya yang cantik bertudung.Tengku Hilman dan Tengku Intan terus mengikat jamin anaknya dan dia dibebaskan.Mereka menuju ke kereta. Eh Dayyan! kenapa kau berubah sangat ni dik? Tanya dia.Kita kena berubah bang supaya kita tak terlibat dengan perkara macam ni lagi yang boleh memalukan ibu dan ayah jawab Dayyan.Mulai sekarang,kita kena berkawan dengan orang yang baik akhlaknya agar kita menjadi seperti mereka.Rayyan fikir ada betulnya apa yang diberitahu oleh adiknya, ya mulai hari ini abang akan berkawan dengan orang yang baik akhlaknya.

     Apabila sampai di rumah, Rayyan terus pergi ke ibu dan ayahnya kerana dia ingin meminta maaf.Ibu! Ayah! Maafkan Rayyan atas semua yang Rayyan dah lakukan, Rayyan sanggup tampar ibu hanya sebab ibu menasihati kami adik beradik. Rayyan betul betul menyesal, maafkan Rayyan ibu, ayah, Mohon Rayyan. Kami maafkan kau nak! Kami tak pernah simpan benda benda yang lepas Cuma kami harap kau akan menjadi anak yang soleh dan boleh melindungi ahli keluarga.Jawab Tengku Hilman dan isterinya. Pada petang itu,mereka bersama bersiap sedia untuk sembahyang bersama sama untuk pertama kalinya. Tengku Hilman dan Tengku Intan Zulaikha sangat bersyukur atas apa yang telah berlaku dan mereka sekeluarga hidup dengan gembira tanpa ada masalah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close